Nuffnang Ads

Saturday, September 25, 2010

kembali bernyawa




Setelah membiarkan blog ini bersarang selama setahun,gua bertekad untuk mengaktifkan kembali diri ini dalam dunia penulisan atas talian yang penuh dengan dusta.

Sedar tak sedar dah setahun gua tak menulis di alam maya.entah la.gua pun tak tahu apehal.gua cam dah hilang sangap terhadap blogging nih.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan harian yg penuh dengan ranjau berliku.

Ramadhan kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum.Berlalu pergi umpama angin ribut taufan katrina.Terlalu pantas sekali masa berlalu kala ini.Mungkin boleh menandingi kepantasan jentera Bugati Veyron yang diuar-uarkan jentera terpantas di dunia.

Tahun ni gua tak rasa cam nak raya langsung.Kesangapan terhadap raya semakin berkurang dalam jiwa raga ni.Mungkin sudah lali dengan sambutan raya sebelum ini yang agak hambar.Kegawatan ekonomi juga menjadi salah satu faktor kenapa gua tak rasa nak raya.Kegawatan ekonomi menyebabkan rakyat Malaysia berkira-kira untuk mengurangkan amaun duit raya sekaligus mengurangkan ketagihan gua untuk beraya.

Gua tau gua banyak merapu dalam entri kali ini.Serius shit gua memang dah hilang bakat sebagai pemblogger tegar selepas setahun gua amek MC kat klinik Leman depan rumah gua.

P/S : Gua tengah mencari bunga berbentuk badan seperti gambar di atas.