Nuffnang Ads

Wednesday, October 20, 2010

kosong


Secara tiba-tiba hati aku terdetik untuk mengemaskini blog yang tidak seberapa ini.Seperti ada suatu kuasa yang mendorong aku berbuat demikian.Suatu kuasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh akal logik manusia.

Hidup aku kini amatlah sunyi dan gersang.Sesunyi rumah kosong yang tiada penghuni.Aku sendiri tidak mengerti mengapa semua ini terjadi.Andai dapat ku undur masa,alangkah bahagianya hidup ini.

Kegembiraan jarang sekali menerjah sanubari aku di kala ini.Mujurlah ada rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberiku semangat dan harapan agar aku terus tabah mengharungi kehidupan ini.

Serious shit aku rindu pada waktu dahulu.Andai dapat ku undur masa,sudah tentu aku akan memilih untuk kembali ke zaman dahulu di mana keriangan sentiasa terpancar dari lubuk hati ini.Malang sekali,agak mustahil dan tidak logik untuk aku berbuat demikian walaupun dunia sudah berusia 2010 tahun.

Aku hanya mampu berharap agar keriangan tersebut kembali menerjah sanubari ini di kala hati dirundung kesedihan melampau.Tak perlu aku katakan sebab apa aku bersedih kerana ia hanya mampu menambah kesedihan di hati yang lara ini.

1 comment:

Anonymous said...

Apa yg dah berlaku tak payah lah dikenang lagi. Pentingnya kuatkan semangat, pulihkan keyakinan diri untuk masa depan. Kembali semula pada Allah dan mengadu kepada Nya. Hidup kita ni mmg banyak dugaannya. Lagi pun masa kita dunia ni x lama. Kdg2 kita pun x sedar apa yg dah kita buat. Ambil pengajaran atas apa yg telah berlaku untuk kita perbaiki diri kita. Buatlah perkara2 yg berfaedah yg kita suka. Contact semula kawan-kawan yg mungkin dah kita tinggalkan. InsyaAllah kebahagiaan akan datang juga akhirnya.