Nuffnang Ads

Wednesday, October 20, 2010

Facebook Chat through Mobile Phone


Dalam arus pemodenan ini seiring dengan perkembangan teknologi,aku nak share satu software untuk mobile phone yang aku kira sangat berguna dan reliable.

Anda tentu sekali gemar berchatting di Facebook bukan.Kini anda boleh berbuat demikian di mana-mana sahaja asalkan ada handphone yang memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

Software yang saya maksudkan adalah ebuddy.Melalui ebuddy,anda boleh berchatting melalui Facebook di mana-mana sahaja yang anda suka asalkan hp anda mempunyai internet connection.

Biasala,dalam dunia ni mana ada yang percuma.Kalau nak percuma,anda boleh pergi ke kedai mamak berhampiran dengan rumah anda dan access wifi diorang.

Untuk memuat turun,anda boleh pergi ke laman ini.
http://get.ebuddy.com/

Sebarang pertanyaan sila ajukan di ruangan komentar.

kosong


Secara tiba-tiba hati aku terdetik untuk mengemaskini blog yang tidak seberapa ini.Seperti ada suatu kuasa yang mendorong aku berbuat demikian.Suatu kuasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh akal logik manusia.

Hidup aku kini amatlah sunyi dan gersang.Sesunyi rumah kosong yang tiada penghuni.Aku sendiri tidak mengerti mengapa semua ini terjadi.Andai dapat ku undur masa,alangkah bahagianya hidup ini.

Kegembiraan jarang sekali menerjah sanubari aku di kala ini.Mujurlah ada rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberiku semangat dan harapan agar aku terus tabah mengharungi kehidupan ini.

Serious shit aku rindu pada waktu dahulu.Andai dapat ku undur masa,sudah tentu aku akan memilih untuk kembali ke zaman dahulu di mana keriangan sentiasa terpancar dari lubuk hati ini.Malang sekali,agak mustahil dan tidak logik untuk aku berbuat demikian walaupun dunia sudah berusia 2010 tahun.

Aku hanya mampu berharap agar keriangan tersebut kembali menerjah sanubari ini di kala hati dirundung kesedihan melampau.Tak perlu aku katakan sebab apa aku bersedih kerana ia hanya mampu menambah kesedihan di hati yang lara ini.