Nuffnang Ads

Wednesday, December 15, 2010

Tips Buat Duit Dengan ChurpChurp



Apa itu ChurpChurp? ChurpChurp ini sebenarnya adalah anak syarikat Nuffnang yang mengiklankan produk melalui Twitter dan dibawah nama ChurpChurp. Iklannya mudah saja, hanya perlu tweetkan ke follower berkenaan produk terpilih dengan menggunakan keyword yang diberikan.

Anda haruslah mempunyai akaun Twitter dan Facebook, kerana mereka akan minta anda untuk memasukkan kedua-dua maklumat laman sosial ini. Kalau anda mempunyai follower yang ramai, lagi banyak earnings anda akan perolehi.Apa yang perlu anda lakukan ialah, mereka akan menghantar email ke alamat email anda dan menyuruh anda membuat assignment.Anda hanya perlu tulis review pasal tugasan diberi dan earning akan diberikan selepas review yang anda tulis dibaca oleh pihak yang memberi tugasan. Jika tidak diterima, mereka akan memberitahu melalui email.

Aku dah beberapa bulan join ChurpChurp tapi tak sempat nak buat entry pasalnya lagi.Ini la kali pertama aku tulis pasal ChurpChurp ni.How much do I make With ChurpChurp since I joining them???



Sesiapa yg rasanya ingin terjebak dengan ChurpChurp bolehla register kat sini ya.Selepas mendaftar,beware of do's and don'ts ketika melaksanakan sesuatu tugasan disana. Sekarang ini ber-twitter pun boleh buat duit tau. Bukan hanya dengan ber - blog saja.Good luck!



Tips Buat Duit Dengan Youthsays





Youthsays adalah salah satu platform untuk rakyat Malaysia membuat duit online tanpa modal yang telah terbukti membayar ahli-ahlinya.Youthsays ni pada asalnya tempat untuk menjawab survey.Sekarang ni ramai yang kata Youthsays lebih bagus dari nuffnang.... baru 4 hari income dah mencecah rm50.00 kira banyak juga la kan kalau nak dibandingkan dengan program lain.. Jadi kat sini aku nak berkongsi serba sedikit tip-tip macam mana nak buat duit dengan Youthsays ni…
Sumber income daripada Youthsays ni terbahagi kepada 3.. first mestilah income daripada menjawab survey.. tapi kalau nak mengharap daripada jawab survey jer memang tak kemana la income korang.. lagipun survey ni memang jarang-jarang ada.. Jadi tiada lah tips untuk bahagian ni.. takkan jawab survey pun tak tahu kan.. hahahaha…
sumber income yang ke-2 pula ialah mengajak kawan-kawan korang join Youthsays dengan link affiliate korang sendiri.. kalau korang ada ramai kawan boleh la cuba-cuba ajak dorang join.. tapi jangan lupa bagi link inviter korang.. dan lepas diorang join,diorang perlu share at least 1 campaign..then baru kita boleh claim rm1.00 sebagai reward..kalau tak, tak merasa la rm1.00 sorang.. hehehe.. sumber ke-2 ni tak banyak membantu pun.. tapi boleh la cuba-cuba.. Bagi sesiapa yang belum ada account youthsays.. click sini untuk register..
sumber income yang ke-3 pula ialah mempromosi link.. Promosi link ni la yang banyak membantu income korang dengan Youthsays ni..Link yang kita promosi itu juga berbayar sebanyak rm0.20/klik.Contohnya kat sini dan sini .Jadi izinkan lah aku berkongsi sedikit tips macam mana aku membuat duit online dengan mempromosi link daripada advertiser Youthsays…
1) Promosikan link dengan acc twitter korang.. pandai-pandai korang la nak buat macam mana pun.. aku tak tahu pasal twitter ni..
2) Promosi link dengan Facebook
Profile – ini la cara terbaik mempromosikan link youthsays, korang boleh postkan link di profile korang, kadar keuntungan terpulang dengan berapa ramai friends korang dalam facebook.. lagi ramai friends korang lagi banyak la kemungkinan korang dapat click… so, jadi la seorang yang suka add kawan di facebook.. korang tak rugi pun..
Tips
post link semasa waktu puncak.. biasanya time office hour.. time ni memang ramai yang online… jadi kemungkinan dapat click yang banyak besar…
jangan segan silu untuk membuat post beberapa kali.. biasanya orang post sekali jer.. cuba korang buat post link yang sama beberapa kali pada waktu yang berbeza.. mungkin post yang pertama pukul 12 dan post yang kedua pula pukul 5…
gunakan ayat yang memukau.. tapi jangan lari daripada tajuk sudah laa…
Fan page – buat sesiapa yang ada fanpage korang boleh gunakan untuk mempromosi link korang, Tapi ingat.. fanpage berbeza caranya dengan profile..
Hanya post link yang ada kaitan dengan fanpage korang..
post sekali bagi setiap link.. tak perlu post 2-3 kali macam yang korang buat kat profile…
Group – sesiapa pun boleh buat group sendiri di Facebook.. so kalau korang ada group sendiri di facebook korang pun boleh promosikan link dengan membuat email Blast kepada semua pengikut group korang.. dengan cara ni agak berkesan juga kalau ayat dalam email korang tu power lagi memukau… Tapi perlu di ingat.. blast email sekali jer.. jangan korang buat spam pulak.. nanti tak pasal-pasal korang kena banned kat facebook…
3) Promosi dengan blog
kalau korang ada blog lagi bagus.. tapi pastikan la blog korang ada ramai pengunjung.. kalau takde pengunjung pun tak guna jugak kan… macam mana nak dapat click.. tips mempromosi dengan blog ni tak banyak sangat.. memandangkan kita memerlukan click jadi pastikan link diletakan dibahagian yang mudah dilihat.. Aku lebih suka mengunakan banner yang aku cipta sendiri dengan kata-kata memikat kemudian aku letakan diatas setiap post blog aku.. boleh tahan jugak la.. sehari dapat la beberapa puluh click..
Buat masa ni, ini je lah tips-tips yang dapat aku kongsikan.. kalau korang ikut semua tips-tips diatas, tak mustahil korang boleh buat duit online dengan youthsays ni.. cara-cara diatas telah terbukti berkesan, dalam beberapa hari jer dah boleh cash out.. Tapi perlu diingat.. jangan sesekali melakukan Spam.. kalau tidak sia-sia je la usaha korang...Good luck!

Wednesday, October 20, 2010

Facebook Chat through Mobile Phone


Dalam arus pemodenan ini seiring dengan perkembangan teknologi,aku nak share satu software untuk mobile phone yang aku kira sangat berguna dan reliable.

Anda tentu sekali gemar berchatting di Facebook bukan.Kini anda boleh berbuat demikian di mana-mana sahaja asalkan ada handphone yang memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

Software yang saya maksudkan adalah ebuddy.Melalui ebuddy,anda boleh berchatting melalui Facebook di mana-mana sahaja yang anda suka asalkan hp anda mempunyai internet connection.

Biasala,dalam dunia ni mana ada yang percuma.Kalau nak percuma,anda boleh pergi ke kedai mamak berhampiran dengan rumah anda dan access wifi diorang.

Untuk memuat turun,anda boleh pergi ke laman ini.
http://get.ebuddy.com/

Sebarang pertanyaan sila ajukan di ruangan komentar.

kosong


Secara tiba-tiba hati aku terdetik untuk mengemaskini blog yang tidak seberapa ini.Seperti ada suatu kuasa yang mendorong aku berbuat demikian.Suatu kuasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh akal logik manusia.

Hidup aku kini amatlah sunyi dan gersang.Sesunyi rumah kosong yang tiada penghuni.Aku sendiri tidak mengerti mengapa semua ini terjadi.Andai dapat ku undur masa,alangkah bahagianya hidup ini.

Kegembiraan jarang sekali menerjah sanubari aku di kala ini.Mujurlah ada rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberiku semangat dan harapan agar aku terus tabah mengharungi kehidupan ini.

Serious shit aku rindu pada waktu dahulu.Andai dapat ku undur masa,sudah tentu aku akan memilih untuk kembali ke zaman dahulu di mana keriangan sentiasa terpancar dari lubuk hati ini.Malang sekali,agak mustahil dan tidak logik untuk aku berbuat demikian walaupun dunia sudah berusia 2010 tahun.

Aku hanya mampu berharap agar keriangan tersebut kembali menerjah sanubari ini di kala hati dirundung kesedihan melampau.Tak perlu aku katakan sebab apa aku bersedih kerana ia hanya mampu menambah kesedihan di hati yang lara ini.

Saturday, September 25, 2010

kembali bernyawa




Setelah membiarkan blog ini bersarang selama setahun,gua bertekad untuk mengaktifkan kembali diri ini dalam dunia penulisan atas talian yang penuh dengan dusta.

Sedar tak sedar dah setahun gua tak menulis di alam maya.entah la.gua pun tak tahu apehal.gua cam dah hilang sangap terhadap blogging nih.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan harian yg penuh dengan ranjau berliku.

Ramadhan kali ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum.Berlalu pergi umpama angin ribut taufan katrina.Terlalu pantas sekali masa berlalu kala ini.Mungkin boleh menandingi kepantasan jentera Bugati Veyron yang diuar-uarkan jentera terpantas di dunia.

Tahun ni gua tak rasa cam nak raya langsung.Kesangapan terhadap raya semakin berkurang dalam jiwa raga ni.Mungkin sudah lali dengan sambutan raya sebelum ini yang agak hambar.Kegawatan ekonomi juga menjadi salah satu faktor kenapa gua tak rasa nak raya.Kegawatan ekonomi menyebabkan rakyat Malaysia berkira-kira untuk mengurangkan amaun duit raya sekaligus mengurangkan ketagihan gua untuk beraya.

Gua tau gua banyak merapu dalam entri kali ini.Serius shit gua memang dah hilang bakat sebagai pemblogger tegar selepas setahun gua amek MC kat klinik Leman depan rumah gua.

P/S : Gua tengah mencari bunga berbentuk badan seperti gambar di atas.